Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]Janna Nick Bawa Diri Ke Itali- "Jika Ia Memusnahkan Kamu, Jadi Itu Bukan Cinta"

Syafiqah Jalal
22/11/2022 02:25 MYT
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick terus memberi bayangan bahawa dia kini sedang melalui fasa putus cinta dalam satu kemas kini terbaharu di Instagram (IG) miliknya.

Janna dalam kapsyen terbaharunya memberitahu jika sesuatu hubungan itu boleh memusnahkan bermakna ia bukan cinta.

"Jika ia memusnahkan kamu, jadi itu bukan cinta (If it's destroying you, then it's not love)," katanya yang menutup ruangan komen di IG.

Menerusi entri berkenaan Janna memuat naik fotonya yang kini difahamkan berapa di Rome, Itali.

Malah menerusi video yang dikongsikan menunjukkan dia sedang kesedihan seorang diri di dalam sebuah bilik.

Video itu juga berlatar belakangkan sebuah lagu nyanyian Bebe Rexha berjudul Me, Myself & I.

Terdahulu, pelantun lagu Gatal itu memuat naik status dalam Instagram seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

Janna juga dilihat membawa diri seorang diri ke Eropah selepas itu.

Namun sehingga kini kedua-dua pasangan itu masih berdiam diri dan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan berita berkenaan.

Hubungan cinta mereka mekar selepas terbabit dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali.

Malah percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu mengukuhkan ekonomi dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya.

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

#Janna Nick #Cinta #Diri #Itali #Bawa #Memusnahkan
;