Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO]Lisa Surihani & Yusry Abdul Halim Tunai Umrah, Kini Di Madinah

Syafiqah Jalal
29/10/2022 07:14 MYT
Pasangan selebriti popular Datuk Yusry Abdul Halim dan Datin Lisa Surihani tunai umrah berdua dengan Jemaah lain pada 26 Oktober lalu.

Berit aitu dikongsikan sendiri oleh satu syarikat travel agensi yang menmbawa mereka dan jemaah lain untuk ke tanah suci.

Dilaporkan mereka serta dengan jemaat lain tiba di Kota Madinah pada 8.30 malam pada Jumaat.

“Antara jemaah Irkaz Travel & Tours adalah Dato’ Yusry dan Datin Lisa Surihani . Alhamdulillah, segala urusan semua jemaah dipermudahkan dan telah sampai di Kota Madinah pada jam 3.30 petang waktu Madinah dan 8.30 malam waktu Malaysia.

“Semoga urusan ibadah Jemaah Irkaz Travel & Tours dipermudahkan dan mendapat Umrah yang mabrur , Amin. Insya-Allah,” maklum mereka.

Perkara itu dikongsi mereka dalam satu kemas kini di Instagram rasmi mereka.

Menerusi perkongsian itu banyak foto dan video dikongsikan perjalanan jemaat dari lapangan terbang KLIA sehingga ke Madinah.

A post shared by Irkaz Travel & Tours (@irkaztravel)

#Lisa Surihani #Umrah #Yusry Abdul Halim #Madinah #Tunai