Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]“Meleleh Air Mata Tok Mama…”- Normala Samsudin Sebak Lihat Cucu Berkhatan

Syafiqah Jalal
25/07/2022 03:25 MYT
Bekas personaliti televisyen (TV), Puan Sri Datin Normala Samsudin akui sebak ketika menemani cucu lelakinya yang masih bayi melalui proses berkhatan.

Kata Normala Samsudin lebih sayu apabila melihat cucu sulungnya yang bernama Aamin Yusuf itu menangis kesakitan selepas proses berkenaan di sebuah hospital swasta kelmarin.

“Meleleh airmata tok mama bila hari berkhatan AY (Aamin Yusuf).Mula dengan RTK test (ujian pengesanan Covid-19) khatan dan hinggalah ke malam, bila nak membuang air yang pertama tu menjerit pedih, jadi anak lelaki harus kuat ya nak, biar ujian apa sekalipun..

“Tok mama Tak tahan dengar sayu tangisnya. Moga Allah sempurnakan dirimu jadi anak yang sihat walafiat dan soleh.

“Benar luka berkhatan itu pedih dan bisa supaya kita sentiasa bertasbih, berselawat dan sentiasa ingat kebesaranNya dan berserah kepadaNya. Supaya kita istiqamah dan melihat kesalahan diri dan perbaiki diri,” katanya.

Normala yang dulu popular menerusi sebuah rancangan majalah itu berkongsi luahan perasaannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik video yang disunting dari mula proses berkhatan itu hingga selesai.

Aamin merupakan cahaya mata pertama anaknya yang juga seorang doktor iaitu Ruhila Roslan yang dilahirkan pada 15 Jun lalu.

Dalam pada itu, Normala sempat menitipkan doa untuk anak-anak yang turut berkhatan pada hari berkenaan.

“Ucapan kepada anak-anak yang berkhatan sama hari dengan Aamin Yusuf, didoakan jadi insan solihin dan takut pada Allah dan taat ibu ayah. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” ucapnya.

Imbas kembali, Ruhila dan suaminya Majid Nazli selamat diijabkabul dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari 2021.

A post shared by Normala Samsudin (@normalasamsudinofficial)

#Anak #Baby #Pengacara #Hos #Cucu #Berkhatan #Sunat #Normala Samsudin
;