Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]“Poligami Ini Indah…”- Nurul Zahid Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kedua

Syafiqah Jalal
08/01/2023 07:36 MYT
Seorang yang terbuka bicara mengenai hubungan poligami, Datuk Nurul Zahid yang juga seorang isteri kedua sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik kisah manisnya bersama suami dan isteri pertama.

Anak kepada ahli politik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid itu memuat naik satu video di TikTok mengenai kemanisan bermadu apabila hubungannya dengan isteri pertama dan direstui malah hidup Bahagia bersama.

Dalam video itu dia berkongsi bagaimana bermulanya hubungannya dengan suami yang dinikahkan di Mekah ditemani isteri pertama.

Malah Nurul Zahid sentiasa bersama dengan madu pertama ke mana-mana sahaja serta siap meraikan ulang tahun perkahwinan suaminya dengan isteri pertama bersama.

Namun dalam kapsyen TikTok itu, Nurul Zahid tetap menasihati para suami agar tidak berselindungdisebalik sunnah Nabi untuk berpoligami dan jika ai dilakukan dengan restu betul hidup berpoligami satu perkara yang indah.

“Kepada lelaki, jangan berselindung disebalik Sunnah kerana Nabi Muhammad SAW sendiri bernikah atas perintah Allah.

“Dan perempuan/wanita tolong tahu diri. menikahi seseorang boleh terjadi atas dua sebab - jodoh atau bodoh.

“Realiti perkahwinan poligami ini indah seandainya diterjemahkan dengan pemahaman dari Al Quran dan Hadis. Bukan dari terjemahan nafsu. Semoga menjadi pengajaran dan iktibar,” tegasnya.

Perkongsian Nurul Zahid itu mendapat perhatian netizen yang mendakwa kisahnya tidak sama denga napa yang berlaku dalam perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana serta Ira Kazar.

“Kes kamu berbeza dengan kes yang tengah sensasi sekarang,” komen salah seorang pengguana laman sosial

Tidak kurang juga suka melihat kemesraan Nurul Zahid dengan isteri pertama sehingga mendapat restu keluarga kedua dua belah pihak

“Suka tengok, dia seorang yang suka menghormati dan menjaga perasaan isteri pertama,” puji salah seorang netizen.

“Ni baru betul dapat restu semua orang, tiada yang tersakiti kecuali Bahagia,” kata salah seorang warga maya.

#Nurul Zahid #Pengalaman #Poligami #Bermadu #Isteri Kedua #Kongsi
;