Laman Utama

[VIDEO]“Saya Pakai Tudung Sebab Itu KPI Tempat Kerja”- PA Vida

gempak
Syafiqah Jalal
15/10/2022
01:46 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Saya Pakai Tudung Sebab Itu KPI Tempat Kerja”- PA Vida
Pembantu peribadi (PA), Datuk Seri Vida (DSV) iaitu yang dikenali sebagai Diyla tampil menjelaskan imej tidak bertudungnya dalam satu muzik video single terbarunya berjudul Khilaf.
Menurut Diyla dia memang seorang wanita yang tidak bertudung dan hanya akan tampil dengan imej begitu apabila sedang bekerja dengan Vida sahaja.
Bagaimanapun Diyla tetap meminta agar semua mendoakan agar dia istiqamah untuk berhijab penuh kelak.
“Tentang free hair, maybe yang tidak mengenali Diyla in person mereka terkejut, tapi yang kenal Diyla memang Diyla tidak bertudung
“Dan Diyla pakai tudung sebab itu KPI (petunjuk prestasi utama) tempat kerja saya..Diyla minta pada yang kecam doakan Diyla untuk terus istiqamah berhijab...,” tulisnya.
Diyla berkongsi kenyataan itu di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik artikel Gempak sebelum ini yang mendakwa ramai yang mengecam dengan imej tidak bertudung.
Dalam pada itu, Diyla sempat menjelaskan dia masih lagi bekerja dengan DSV tetapi sedang bercuti untuk memberi tumpuan kepada lagu baharunya.
“Buat masa sekarang Diyla masih bercuti dari bekerja dengan DSV…
“Tapi untuk masa hadapan ni Diyla tak pasti, andai ada rezeki mungkin masih bersama dengan beliau, andai rezeki bukan lagi di sana Diyla pun reda...,” katanya lagi.
Terdahulu Diyla yang melancarkan lagu baru duet bersama influencer Faiz Aizif dua hari lalu mendapat kecaman netizen selepas tampil dengan imej tidak bertudung.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live