[VIDEO]“Seksanya Nak Hilangkan Perut Lepas Bersalin”- Elak Pembedahan Potong Usus, Fasha Gigih Dapatkan ‘Flat Tummy’
Syafiqah Jalal
30/06/2022 02:02 MYT
30/06/2022 02:02 MYT
Pelakon Fasha Sandha mendengar pesanan gurunya bahawa tiada jalan singkat untuk dapatkan perut yang rata.
Kata Fasha dia perlu bekerja keras dengan cara semula jadi untuk mendapatkan bentuk badan idaman.
“Cikgu saya kata there is no ‘short cut’ to get a flat tummy, kena work hard for it , kena banyak makan protein , kena follow cara makan yang betul. Baik cikgu !” tulisnya.
Pelakon Dendam Seorang Isteri itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik rakaman video sedang bersenam di gim bersama guru atau coach.
Menurut Fasha dia tidak ada keyakinan untuk membuat pembedahan bariatrik atau potong usus yang menjadi trend rakan artis malah terpaksa menolak bila ada doktor yang menawarkannya.
“Saya tak berani nak buat pembedahan macam trend masa kini untuk kecilkan perut atau bariatrik or any other shortcut way walau ada juga doktor yang nak menaja. Maaf saya tak berani dan tak berminat , terima kasih.
“Tak apa slowly la … memang sakit, memang seksa, tapi saya yakin saya boleh buat,” katanya lagi.
Tambah Fasha lagi dia menjadikan pelakon Nabila Huda atau turut dikenali dengan nama Abil sebagai inspirasi untuk terus berusaha meskipun terlalu penat.
“Saya jadikan Abil sebagai inspirasi saya, Insya-Allah slowly but surely walaupun sebenarnya saya pancit dan sakit badan setiap kali lepas workout.
“Menangis, seksanya nak hilangkan perut lepas bersalin anak-anak ku. Pengorbanan seorang ibu,” luahnya.
Fasha merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli , Puteri Raysha Jemaima dan Aidha Amaira.