[VIDEO]“Siapa Suruh Bawa Bini…”- Teman PU Riz Konvokesyen, Neelofa Bersorak Buat Suami Tersipu Malu
Syafiqah Jalal
04/12/2022 08:03 MYT
04/12/2022 08:03 MYT
Selebriti popular, Noor Neelofa hadir bersama menenami suaminya PU Riz ke Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) yang ke-38 pagi tadi.
Menerusi perkongsian Neelofa di Instagram (IG) Story miliknya sejak pagi tadi PU Riz atau Haris berjubah warna biru itu teruja untuk meraikannya pada hari bersejarah berkenaan.
Namun apa yang menarik perhatian, video di mana Neelofa bersorak keriangan saat giliran PU Riz menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian TESL (Teaching English As A Second Language) di pentas konvokesyen berkenaan.
Ketika ibu kepada Muhammad Bilal itu bersorak, PU Riz memandangnya dan tersenyum malu melihat gelagat isterinya.
Dalam masa yang sama Neelofa turut berseloroh memberitahu itu akibatnya membawa dia ke majlis berkenaan.
“Haha siapa suruh bawa bini datang convo, “ tulisnya bersama ayat tanda berpagar #SuamiMudaKauAda
Video itu turut dikongsikan semula dalam IG rasmi peminatnya @lofaworld.
“Haha kalau bagi mic tu mahu tak bergegar satu dewan,” tulis dalam kepsyen mereka.
Malah ia mendapat perhatian peminatnya dalam komen terhibur dengan gelagat mereka.
“Bila selebriti yang berkonvo,” kata salah seorang peminatnya.
“Satu-satunya artis famous konvo tu, ramai yang sorak juga, profesor kat atas pentas pun tersenyum,” komen salah seorang pengikutnya.
“Suami bagi warning jari siap siap,” kata salah seorang warganet.
Terdahulu, PU Riz telah pun memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam.