Laman Utama
[VIDEO]“Tahu-Tahu Dah Ada Baby Bump”- Adira Suhaimi Hamil Anak Ke-4?
Ketika dilihat sedang sibuk menjalankan perniagaan sambal yang diusahakan sendiri, dalam diam penyanyi Adira Suhaimi dikatakan sedang hamil anak ke empat.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, pengikutnya sudah mula perasan perubahan bentuk badannya sehingga menampakan bahagian perut yang lebih besar atau ‘baby bump’.
Rata-rata tertanya-tanya adakah bintang Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) ini sedang hamil.
“Pregnant ke sis?” tanya salah seorang warga maya.
“Alhamdulillah tahu-tahu ada baby bump tu auto kecantikan terserlah,” komen salah seorang netizen.
“Baby bump sudah nampak, kenapa comel kamu ni,” kata salah seorang warganet.
Dalam video yang dikongsikan, Adira dilihat sedang memandu difahamkan mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Perutnya yang kelihatan besar ketika duduk di tempat memandu tidak dapat diselindungi lagi.
Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati itu mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau dikenali sebagai Datuk Red di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua perempuan dan seorang lelaki.