[VIDEO]Tenang & Cantik Ketika Bersalin, Rupanya Ini Sebab Elfira Loy Tersenyum & Kongsi Tip 'Push'- "Kalau Muka Buruk Salah Lah Teran Tu"
Syafiqah Jalal
27/10/2022 22:38 MYT
27/10/2022 22:38 MYT
Pelakon Elfira Loy dipuji netizen kelihatan tenang dan cantik ketika melahirkan anak keduanya pada 20 Mei lalu.
Pujian itu diberikan selepas Elfira menerusi akaun TikTok miliknya memuat naik video saat melahirkan puterinya Nur Aria Mikayla.
Video yang dikongsi oleh Elfira sendiri itu memperlihatkan momen dia melahirkan Aria Mikayla selepas ramai yang meminta tips bersalin.
Rata-rata memuji Elfira kerana masih boleh kekal tenang malah boleh tersenyum semasa melahirkan anak. Malah ada yang cemburu melihat Elfira tetap nampak cantik.
@Queennelvina88: Masya Allah cantek dan tenang aje wajah elfira ni smpat senyum lagi..slm syg dri brunei
@norshafikah: wehh tenang gila . aku mcm nk tercabut besi katil
@ayinnnnn: comel ja ,masih boleh senyum
Sementara Elfira dalam kapsyennya berkongsi kelebihan pengambilan epidural sewaktu bersalin.
"El ingin share jugak untuk pregnancy kedua ni, El ada ambik epidural sebab kita induced the baby. Sebab mengikut pengalaman sebelum, contraction ada tapi bukaan lambat dan El dah tahan sakit berhari-hari tapi masih 2cm," kongsinya.
Elfira juga sempat menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu bersalin itu.
"Dalam klip ni, korang ada nampak El senyum. Senyum sebab midwife dah pesan “Kalau muka buruk salahlah teran tu ” HAHAHA. Punyalah takut rupanya tersenyum saya. Masa tu tak perasan pun senyum. cuma control je. Kahkahkah,” tulisnya.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak , Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aria Mikayla.
undefined