Vin Diesel Bakal Bintangi Avatar, Ini Kata Penerbit
Maliah Surip
21/01/2023 13:56 MYT
21/01/2023 13:56 MYT
Sejak pertama kali berkongsi sepotong video dirinya berada di set penggambaran filem Avatar bersama pengarah James Cameron pada 2019, aktor Vin Diesel dikhabarkan akan terbabit dengan pembikinan naskhah fenomena tersebut.
Tidak mahu ia sekadar menjadi khabar angin, pengarah Jon Landau akhirnya buka mulut. Landau menafikan bintang The Fast and the Furious itu tidak akan terbabit dengan sebarang francais Avatar.
“Diesel adalah seorang peminat. Dia datang untuk melihat set penggambaran, dan khalayak telah salah tafsir,” kata Landau seperti dilaporkan BBC.
Sebelumnya Diesel menerusi video yang dikongsi di Instagram menulis: “Ada seorang sutradara Hollywood yang saya ingin sangat bekerja. Meski demikian, sehingga kini nampaknya saya masih perlu menunggu.”
Filem Avatar pertama dirilis pada tahun 2009 dan sekuelnya menyusul 13 tahun kemudian.
Cameron dikatakan ingin membuat sebanyak lima filem Avatar.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.