Laman Utama
Viral! Apa Ke 'Gila' Koleksi Zip Tie Ini Dijual Jenama Jepun Dengan Harga Lebih RM2 Ribu
Dunia fesyen memang tidak pernah kering dengan inspirasi. Saban hari, pereka dan jenama jenama dunia mahupun lokal terus berinovasi serta melakukan eksprimen.
Terkini, jenama dari Jepun, Ambush menjadi buah mulut gara gara produk yang merupakan aksesori gelang keluaran mereka menjadi viral.
Gelang yang diberi nama Zip Tie dengan pelbagai warna tersebut menjadi viral bukan hanya kerana rupa bentuk yang benar benar seperti pengikat kabel, tetapi juga harganya yang luar biasa mahal!
Untuk seutas gelang Zip Tie yang dihasilkan dalam warna hitam kuning dan biru misalnya, setiap satu dijual dengan harga $585 atau RM2,370.
Ya betul, anda tak salah baca. Harganya RM2,370 seutas! Ironi, harga seutas pengikat kabel yang dijual di pasaran berharga hanya RM2.90!
Tinjauan Gempak ke laman web dan akaun media sosial Instagram, gelang Zip Tie sebenarnya merupakan koleksi dari tahun lalu yang dihasilkan untuk koleksi Autumn/Winter 2020.
Sebaik gelang ini viral, ramai netizen yang tak percaya dengan harga dan design yang direka jenama ini.
Malah ada yang menyifatkan gelang Zip Tie ini secara percuma jika membeli makanan.
Namun, gelang Zip Tie koleksi Ambush ini antaranya mempunyai detail ukiran logo pada bahagian dalam.
Sekadar informasi, Ambush yang memang 'berkiblatkan' penciptaan eksperimental dalam kebanyakan aksesori yang dikeluarkan lahir ke dunia fesyen sekitar tahun 2015.
Sebelum mereka gelang Zip Tie, jenama ini juga pernah mengeluarkan koleksi subang berbentuk pin pada harga RM1,600.
Selain koleksi aksesori yang unik, Ambush cukup terkenal dalam kalangan penggemar fesyen dengan rekaan street wear mereka.
Kredit foto: Ambush
Must-Watch Video