Nusantara
Viral Apabila Amy Mastura Muncul Dalam Live Action Jepun Kindaichi Shonen Depan KLCC
Tular apabila live action adaptasi komik manga terkenal Jepun, Kindaichi Shonen no Jikenbo (The Kindaichi Case Files) menampilkan Amy Mastura sebagai salah satu watak penyiasat tambahan dalam siri itu.
Menerusi Kindaichi Case Files: Gate of Jail Private School Murders, Amy Mastura muncul lengkap berpakaian tradisional Melayu menjual barang mainan.
'Amy Mastura' kemudiannya mendedahkan identitinya yang sebenarnya seorang penyiasat lelaki yang menyamar dengan memakai topeng berwajah wanita Melayu.
Babak berdepan dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) itu sebenarnya sudah dirakamkan pada tahun 2013.
Namun, sedutan babak itu mulai tular di media sosial baru-baru ini.
"Aku macam tak boleh percaya yang Amy Mastura itu sebenarnya seorang lelaki Jepun," tulis @shahfizan menerusi akaun Twitternya.
"Aku rasa dah bertahun cerita ini aku layan depan televisyen. Baru nak viral eh?" tambah @wakbondx.Aku mcm xleh pcaya yg amy mastura tu sbnrnya seoang lelaki jepun pic.twitter.com/ep9ZLu1221— your beloved (@shahfizan) February 8, 2018
"Mohon sesiapa jumpa Amy Mastura selepas ini tolong 'kopekkan' muka dia. Curious betul," tulis @OgaFais pula berseloroh.
Kindaichi Case Files: Gate of Jail Private School Murders adalah siri khas live action selepas Kindaichi Case Files: The Hong Kong Kowloon Treasure Murder Case (2013) dan Kindaichi Case Files: The Legendary Vampires Murders (2005).
Live action itu dilakonkan oleh Ryosuke Yamada dan Haruna Kawaguchi sebagai watak utama.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter
Must-Watch Video