Laman Utama
Viral Balik Video Salman Khan Minta Emcee Berhenti Bercakap Ketika Azan Berkumandang - "Kita Pun Kadang Terlepas Pandang..."
Aksi pelakon Bollywood, Salman Khan menegur emcee untuk berhenti bercakap ketika azan sedang berkumandang kembali menjadi sohor kini di media sosial.
Video yang dipercayai telah dirakamkan sekitar tahun 2014 itu mendapat pelbagai reaksi netizen.
Rata-ratanya respek dengan cara tegas Salman dalam rakaman video berkenaan.
Advertisement
"Penghormatan kepada azan, kadang-kala kita pun terlepas pandang. Anggaplah azan itu gema Allah. Memanggil kita untuk solat," tulis seorang pengguna.
"Walaupun dah lama, bagus abang aku ni," tambah pengguna lain.
"Nasib dia berhenti, kalau tak mahu melayang kena siku dengan hero Hindustan," seloroh individu lain pula.
"Salman ni pengaruh besar, sebab tu orang dengar cakap dia. Berani lawan terus jatuh," kongsi individu lain pula.
Selain pujian, ada dalam kalangan pengguna yang bertanya-tanya status agama Salman. Ada yang beranggapan gesture itu normal bagi individu beragama Islam.
"Dia muslim, tapi ada satu ideologi yang turut dipraktikkan di negara jiran iaitu pluralisme. Mak Islam, ayah Kristian, anak Ateis," kata seorang pengguna memberikan respons.
"Dulu dia tukar masuk Kristian ikut mak cik dia, tak tahulah sekarang kalau dah masuk Islam semula," tambah individu lain.
"Ayah dia Islam, mak dia tak. Dia pun tak boleh nak cakap agama apa," sahut pengguna lain pula.
"Yang ada Khan semua Islam tapi sekular atau liberal sikit. Macam Salman, Shah Rukh, Saif Ali dan Aamir. Sebab banyak jua babak yang bertentangan dengan agama, contoh babak sembah tokong, mereka buat juga padahal itu dah lari akidah.
"Kalau kat Malaysia ni dah kena kecam 7 keturunan," sambung pengguna lain pula memberikan justifikasi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video