Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Viral Kerana Ketinggian, Gadis 11 Tahun Ini Dah Tinggi 210 sentimeter!

Azwa Rahman
24/04/2019 06:59 MYT

Percaya atau tidak, gadis yang mempunyai ketinggian 210 sentimeter (sm) atau 6 kaki 7 inci ini baru berusia 11 tahun!

Berada di dalam gred enam, ketinggian Zhang lebih daripada purata ukuran tinggi pelajar perempuan di China iaitu 1.38 meter (4 kaki 6 inci).

Kedua ibu bapanya Zhang juga berketinggian lebih 2 meter dan merupakan bekas pemain bola keranjang profesional.

Ketika ini, rekod dunia yang dicatatkan oleh Guinness Book of Record bagi budak perempuan tertinggi di dunia disandang oleh Sophie Hollins, pelajar berusia 12 tahun dengan ketinggian 1.88 meter (6 kaki 2 inci) dari Southampton, England.

Biarpun sudah jelas Sophie lebih rendah beberapa inci berbanding Zhang, tidak dipastikan sama ada keluarga Zhang merancang untuk merebut gelaran terbabit.

Bagaimanapun, ramai percaya bahawa Zhang merupakan budak perempuan tertinggi di dunia.

Dilihat jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain, mencapai ketinggian 210 sm pada usia 11 tahun masih dianggap luar biasa. 

Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Zhang dilaporkan amat berbakat bermain bola keranjang.

#China #Fizikal #Tinggi