Nama keluarga Neelofa sekali lagi menjadi bualan netizen apabila sepotong rakaman video ketika berhari raya bersama-sama dikongsikan netizen di Twitter.

Video yang difahamkan pada asalnya dikongsikan kakak Neelofa, Noor Nabila di Instagramnya itu memaparkan aksi bermaaf-maafan dan bersalaman antara ahli keluarga.

Tulis Noor Nabila pada kapsyen video berkenaan; "1 Syawal yang penuh mulia."

Turut kelihatan dalam video berkenaan ialah adik-beradik Neelofa yang lain.

Bagaimanapun, video terbabit telah dipadamkan oleh Noor Nabila namun sempat dirakamkan oleh pengguna di media sosial.

Sehingga kini punca Noor Nabila memadamkan video berkenaan juga tidak dapat dipastikan.






Sebelum ini, nama Neelofa hangat diperkatakan netizen selepas melanggar SOP ketika majlis perkahwinan dan merentas negeri ke Langkawi, Kedah serta Nilai, Negeri Sembilan.

Sumber: Twitter