Viral Lagi! Video Sambutan Hari Jadi Syafiqah Aina Bikin Netizen Sebak

Amri Hassan
Julai 10, 2018 07:57 MYT
Limosin, kapal layar mewah dan hadiah kereta honda antara kejutan yang mempopularkan pasangan Syafiqah Aina dan Hafiz Mahamad.
Kali ini, sepotong video kejutan hari lahir usahawan wanita itu tular di media sosial.
Hafiz menghadiahkan sekeping lukisan buat Aina pada sebuah majlis sambutan hari jadinya hujung minggu lalu yang dihadiri keluarga dan sahabat rapat mereka.
Video yang menyaksikan Aina mengalirkan air mata itu sehingga kini telah ditonton lebih 200,000 kali dan mendapat pujian netizen.
"Semua orang rasa sedih bila tengok video ni sebab emosi mereka sangat ikhlas. Sampai terus ke hati kita," tulis salah seorang pengguna.
"I don't mind the surprises but the love she gets from everyone who loves her is priceless," tambah @nazurajohar.
Malah, ada juga yang tersentuh dengan video berkenaan menyeru nama pasangan masing-masing pada ruangan komen pasangan tersebut.
Aina pernah tular suatu ketika dahulu apabila mendapat pelbagai hadiah dan kejutan mewah daripada Hafiz.
Baca: Baru Tunang Dah Dapat Honda Civic, Kalau Kahwin Dapat Apa? - Netizen Tanya
Malah, pengusaha produk kosmetik NSA Beau itu pernah dikecam apabila didakwa cuba menipu pelanggan.
Kini, Aina bukan hanya popular dalam kalangan pengguna media sosial malah memiliki jenama pakaian sendiri, Syafiqah Aina RTW.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @syafiqahaina, @hafizmahamad
#Viral #Viral #Hafiz Mahamad #Syafiqah Aina