Berita
Viral Pelajar Ditumbuk Guru, Netizen Minta Ibu Siasat Perkara Sebenar
Semalam seorang ibu mendakwa anaknya ditumbuk guru di sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya hanya kerana salah menjawab satu soalan bahasa Inggeris.
Insiden itu dilaporkan telah menyebabkan anaknya berumur 9 tahun berasa pening dan loya, serta trauma untuk ke sekolah selepas kejadian tersebut.
Ibu yang terkilan dengan apa yang berlaku kepada anaknya itu telah membuat laporan polis selepas hasil pemeriksaan doktor mendapati anaknya mengalami gegaran pada otak serta sakit di bahagian pinggang disebabkan terkena bucu meja.
Berita itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata meminta ibu bapa pelajar tersebut membuat siasatan dan tidak hanya mendengar daripada pihak anaknya sahaja.
Menurut mereka kanak-kanak kini semakin bijak dan tidak mustahil memperdaya ibu bapa sendiri demi menyelamatkan diri.
Brikut antara komen-komen netizen berkenaan:
@Rosni Kamarudin - Taktau mana yang salah yang betul.. Letak cctv
@Khalish Irfan Khalish Irfan - Kaji dulu anak kita tu mcm mana baru kaji cikgu...sekarang ni apa-apa semua salahkan cikgu....betulkan lah anak tu setiap masa...jangan sampai jadi anak ku sazali...
@Azza Hassan- Tanye la murid-murid lain, yang nampak kejadian tu..
@Cyba Qema - Betul..sebab tu kene siasat dulu..jangan terus percaya pada satu pihak..
@Azza Hassan - Kadang-kadang budak sekarang tak boleh nak percaya 100%..kena cek dulu,kejap lagi,kita percaya sebelah pihak,ada pihak yang teraniaya..jadi dosa je...
@Sa'idah Musliha II - Kalau la cikgu boleh dakwa..hari-hari ada kes Cikgu buat report masalah anak Murid tapi Cikgu tak ada lah sampai nak report2..
@Zulfah Hanis Md Sadakah - Berlemak berkrim budak-budak sekarang. Sentuh sikit pun tak boleh. Ganyang betul-betul kang baru tau haha
Namun ada juga yang tidak bersetuju dengan tindakan guru tersebut jika betul dia menumbuk di bahagian kepala murid tersebut hanya untuk menghukum ketika belajar.
@Nor Aini - Menghukum boleh tapi jangan memudaratkan..... Hrmmm...
@Rosz Meenaz - Rotan dah lah...jangan tumbuk- tumbuk
@Eynong Mufc - Tumbuk tu macam tak sesuai bagi seorang cikgu.... Lain kali tukarlah tumbuk tu jadi rotan ker... Haaahhhh
Must-Watch Video