Vokalis kumpulan terkenal Sheila On 7, Duta menjadi bualan netizen terutama dalam kalangan peminat di Indonesia selepas seorang peminat menceritakan pengalamannya bertemu penyanyi tersebut.
Pengguna media sosial Renataa Falladaa, tidak menyatakan bila kejadian berlaku namun menceritakan kisah yang menarik minat ramai kerana sikap yang ditonjolkan pemilik nama sebenar Akhdiyat Duta Modjo itu.
Menurut Renata, dia bertemu penyanyi berusia 40 tahun itu secara tak sengaja sewaktu berkunjung ke Jogjakarta dalam fieldtrip kampusnya. Jogjakarta adalah kampung halaman Duta dan anggota SO7 yang lainnya.
Pertemuan tak sengaja itu terjadi di sebuah kedai menjual gorengan.
"Saya pernah bertemu Duta sewaktu membeli gorengan. Waktu itu saya fieldtrip kampus ke Jogjakarta.
"Jadi dalam sekitar pukul 10 malam (waktu tempatan), kami bermain kad. Siapa kalah kena pergi membeli gorengan yang kebetulan di jual di depan jalan hotel kami. Saya kalah, jadi saya harus keluar membeli gorengan," tulisnya.
Sewaktu menyeberang jalan dia nampak ada sebuah kenderaan berhenti di kedai gorengan.
"Ternyata yang turun dari kenderaan itu adalah Duta. Sungguh, saya tak percaya telah bertemu dengan Duta dan melihatnya banyak kali kerana hanya kami berdua yang sedang membeli gorengan pada waktu itu.
"Melihat saya yang terkejut, Duta melemparkan senyuman. Saya kemudian baru berani minta selfie dengannya. Dan dia mengizinkan.
"Oleh kerana saya rendah, Duta telah mengambil telefon saya, membetulkan posisi dan bergambar selfie dengan dirinya sendiri yang merakamkan gambar itu. Serius, ramah dan baik sangat Duta!," tulis wanita itu panjang lebar.
Tidak hanya itu, dia juga beruntung kerana Duta kemudian membayar gorengan yang dibeli.
"Duta bayar gorengan yang saya beli lepas penjual terkial kial mencari duit baki. Sambil berjalan ke kereta, Duta cakap 'tak apa pakcik, tak perlu duit baki. Saya bayarkan gorengan dia sekali'", ingat Renata.
Pengalamannya bertemu Duta yang dianggap sangat merendah diri dan baik itu disambut banyak warganet. Kebanyakan mereka memuji sikap baik yang ada dalam diri penyanyi lagu Dan itu.
"Dia memang sangat rendah diri dan ramah," tulis seorang netizen manakalan yang lainnya menuliskan: "Duta memang tak ada lawan. Sebab itu SO7 tak pernah 'drama' dan tak ada gosip. Lagunya pun tak pernah membosankan."
Menurut laporan Tempo, bukan hanya Duta yang dikatakan menjalani kehidupan penuh low profile, sebaliknya semua anggota band yang cukup terkenal di Malaysia ini juga memiliki sifat yang sama.
Mereka semua tinggal di Jogjakarta dan hidup serba sederhana biarpun dipuja dan menjadi salah satu band tersohor Indonesia.
Instagram: @pakduta
.
Maliah Surip
Fri Apr 16 2021
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.