Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Viral Posmen Sedih Termenung Tak Dapat Bonus Raya, Pos Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara!

Hanafis Haris
19/05/2020 12:28 MYT
Beberapa hari lalu viral mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung apabila mendapat tahu tiada bonus diperoleh tahun ini.

Melihat pada situasi lambakan bungkusan atau parcel sepanjang dua bulan ini, perkara tersebut telah mencetuskan rasa simpati orang ramai.

Malah, ada yang berang dengan tindakan Pos Malaysia dan mahukan penjelasan segera.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Gempak sempat menghubungi pihak Pos Malaysia semalam dan penjelasan mereka berhubung isu berkenaan.

Menurut jurucakapnya, pandemik COVID-19 telah menjadi isu global yang telah menjejaskan rantaian bekalan seluruh dunia hingga menyebabkan beberapa peniagaan terjejas teruk dan Malaysia tidak terkecuali.

Menurutnya, jumlah bungkusan yang banyak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga menyebabkan banyak perkhidmatan penghantaran barangan terkesan.

"Namun begitu, Pos Malaysia masih meneruskan usaha untuk melindungi pekerja iaitu hampir 15,000 'frontliner'.

"Di saat banyak sektor mengambil keputusan drastik untuk memotong gaji, membuang pekerja Pos Malaysia masih bertahan untuk memastikan masa depan pekerja dilindungi," katanya.

Tambahnya, Pos Malaysia ketika ini sedang menjalani proses transformasi untuk mengubah perniagaan.

"Apabila rancangan transformasi ini berjalan lancar dan keadaan bertambah baik, kita akan memastikan penghargaan yang lebih baik untuk pekerja.

"Kami juga berterima kasih atas usaha pekerja kami yang bekerja tanpa lelah untuk memastikan penghantaran dan perkhidmatan dilakukan dengan sedikit gangguan terutama menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri," katanya.
#Viral #Viral #Pos Malaysia #Bonus
;