Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Viral Terima Mas Kahwin Tiket Coldplay, Pengantin Perempuan: “Pemanis & Kenang-Kenangan”

Maliah Surip
24/05/2023 00:59 MYT
Kisah seorang pengantin perempuan menerima tiket menonton konsert Coldplay di Jakarta, Indonesia sebagai salah satu mas kahwin daripada pihak lelaki menjadi viral sehingga ke Malaysia.

Hal itu lantaran bukan hanya di Malaysia tetapi peminat di republik tersebut juga terpaksa ‘berperang’ untuk mendapatkan tiket menonton konsert daripada salah satu kumpulan paling berpengaruh di dunia yang akan bertandang pada November depan.

BACA: Untunglah, Pengantin Perempuan Terima Tiket Konsert Coldplay Sebagai Mas Kahwin​



Selepas mencuri perhatian dan viral, pemberian tiket konsert sebagai mas kahwin disifatkan bercanggah dengan hukum syarak dan tidak sah kerana tiada nilai.

Kepada Wolipop dari Detik.com, pengantin perempuan iaitu Anestasia Ayu Widyadhana menjelaskan pemberian tiket Coldplay adalah sebuah ‘tambahan’ dan kejutan yang diberikan pihak suami kepadanya.

Dalam pengetahuannya, dia hanya menerima sepersalinan alat solat dan logam mulia 21 gram (emas) sebagai mas kahwin.

“Saya sebenarnya tidak tahu bakal diberikan tiket Coldplay, jadi sempat terkejut apabila ia dimasukkan sebagai tambahan mas kahwin dan diumumkan sewaktu akad nikah.

“Jadi saya anggap pemberian itu sebagai pemanis dan kenang-kenangan,” katanya.

Anestasia menerima tiket dari Kategori 3 konsert yang dijadual berlangsung pada 15 November 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno daripada kekasihnya sewaktu diijab kabulkan pada 21 Mei lalu.

#Viral #Konsert #Indonesia #Pengantin #Mas Kahwin #Tiket #Coldplay