Viral Video Habib Lempar Duit Untuk ‘Bersedekah’, Umie Aida Dapat Pencerahan; “Itu Adalah Budaya…”

Shahrin Zulkifle
Oktober 13, 2022 23:00 MYT
Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang Habib yang ‘bersedekah’ dengan cara melemparkan wang kertas ke arah jemaah yang hadir pada sebuah majlis agama.

Video yang tular di semua platform media sosial itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang kebanyakkan mereka meyifatkan tindakan Habib berkenaan sebagi kurang sopan.

Malah, isu tersebut turut menyorot perhatian pelakon Datin Sri Umie Aida untuk memberikan pandangannya.

Jelas Umie, dia telah merujuk kepada seorang indvidu yang dikenali sebagai Habib Rizky bagi mendapatkan pencerahan mengenai isu yang tular itu.

“Baru-baru ini viral sebuah video Habib Rizky melemparkan wang pada jemaah. Bila dapat penjelasan sendiri dari Habib Rizky, baru Umie faham.

“Itu adalah salah satu budaya mereka disana. Masjid Maulid, perkahwinan dan lain-lain mereka akan meraikan jemaah dengan cara begitu,” ujarnya.

Umie berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan terbaharu di akaun Twitter miliknya.

Baru- baru ini viral video habib rizky melemparkan wang pada jemaah. Bila dpt penjelasan sendiri dari habib rizky.. baru umi faham. Itu adalah salah satu budaya mereka disana. Majlis maulid , perkahwinan dll mereka akan meraikan jemaah dgn cara begitu. pic.twitter.com/3OihD9zZpa

— Umie Aida (@Umieaida) October 12, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, tindakan Habib berkenaan dilihat kurang senang oleh wargamaya apabila kebanyakkan mereka mengatakan caranya bersedekah seakan kurang sopan dan tidak beradab.

#Viral #Umie Aida #Habib lempar duit