Hiburan
Viralkan Muka Pencuri Stok Barang Berniaga, Aeril Zafrel Dituduh Sebarkan Aib - “Ya Dia Buat Salah, Tapi…”
Pelakon Aeril Zafrel baru-baru ini membuat perkongsian di Instagram memperlihatkan seorang lelaki membawa lari beberapa kotak stok barangan perniagaannya.
Perbuatan mencuri lelaki itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kemudiannya dikongsikan Aeril di media sosial demi mencari si pelaku.
“Ada yang kenal ke mamat ni? Kes staf pecah amanah dan bawa lari stok. Sebab dari semalam call dan whatsapp tidak dibalas,” tulis Aeril di ruangan kapsyen.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, ada pula sesetengah netizen cuba mempertahankan perbuatan terkutuk lelaki itu serta menuduh Aeril menyebarkan aib individu tersebut.
BERITA TRENDING: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Bayar Zakat Pernigaan Lebih RM1 Juta - "Ini Kewajipan Perlu Dilaksanakan"
Antara komen yang diterima:“Yang mencuri tu memang salah, tapi mengaibkan orang pun salah juga. Report je lah polis, biar polis selesaikan,”
“Ya dia buat salah. Tapi awak rasa ini cara yang betul ke? Buka aib dia?”
Dalam pada itu, ada juga sesetengah wargamaya mempersoalkan tindakan ‘menegakkan benang yang basah’ tentang perbuatan mencuri yang dilakukan di mana ia adalah secara terang-terangan haram di sisi agama.
“Mencuri tetap salah, jangan nak menghalalkan benda salah,”
“Mencuri dulu hukum potong tangan. Sekarang mencuri ada orang backup. Hebat terdesak? Jangan sebab terdesak menghalalkan benda yang haram.”
Setakat artikel ini ditulis, entri berkenaan mendapat 80,000 tanda suka di aplikasi Instagram.
Must-Watch Video