Virgoun Tolak Poligami

Zulaikha Yusof
Julai 15, 2020 03:13 MYT
Penyanyi Indonesia Virgoun mendedahkan dia menerima kiriman mesej daripada seorang wanita yang ingin tahu ciri-ciri untuk menjadi isteri kedua.
"Apakah ciri-ciri yang diimpikan untuk menjadi isteri kedua anda? Saya ingin bersedia walau banyak yang ingin aku gapai," tulis individu itu.
Walaubagaimanapun, Virgoun menyatakan hatinya sudah dimiliki oleh isteri dan tiga orang anak.
"Alhamdulillah...agama Islam memang membenarkan poligami tapi tidak diwajibkan. Hati saya sudah dimiliki empat orang," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelantun lagu Surat Cinta Untuk Starla itu turut mendoakan agar wanita tersebut dapat bertemu dengan jodohnya.
"Semoga anda cepat-cepat bertemu jodoh. Nasib baik di media sosial.
"Cuba kalau di dunia nyata, mungkin isteri saya boleh patahkan leher saya," tulisnya lagi.
Virgoun atau nama sebenarnya Virgoun Putra Tambunan berkahwin dengan Inara Rusli.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-sya'ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.
#Isteri #Virgoun #Poligami