Pelakon Ashraf Muslim mendedahkan wabak Covid-19 yang dijangkitinya sebelum ini telah memberi kesan pada tubuhnya sehingga kepada masalah sendi.

Menurut Ashraf dia mengalami kecederaan sendiri Acromioclavicular di bahu dan sikunya sehingga perlu menjalani rawatan lanjut.

“Ini semuanya kesan Covid-19. Tapi saya reda je lah..

“Hari ni kena buat treatment bahu ni sebab ada masalah acromioclavicular (AC) joint injury shoulder and elbow. Sebelum ni kena scapula, lepas baik scapula kena plak ac (AC) joint shoulder ni.

“Dr Rahmani tanya ada pernah kena injured ataupun hentakan tak sebelum ni sehingga sakit waktu tu. Saya jawablah takde sebab sakitnya datang tiba-tiba jer masa kena Covid-19 waktu kuarantin.

“Dia kata ada dua sebab benda ni terjadi , pertama hentakan yang kuat atau pun disebabkan virus.. kesannya otot kawasan tu mengecut.

“Tapi AC joint tu sebagai secondary effects saja.. Masalah utama ialah post viral infection muscle wasting (otot kecut selepas jangkitan virus) menyebabkan sendi jadi lapse,” katanya.

Ashraf yang juga bekas pesakit Covid-19 itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika prosedur rawatan bahunya dilakukan.

Kata Ashraf, Covid-19 memberi kesan pada tubuh badan manusia meskipun sudah pulih kerana ia mula menyerang melalui darah.

“So memang jelas kena Covid-19 sebab virus ni masuk dalam darah dan benda ni buat kerjalah.

“Yang saya perasan , memang saya sorang yang sportsmen banyak sangat sukan involve rugby, hoki, basketball dan injured tu biasalah.. tapi bila dah tua ni, mungkin ada bahagian kat tubuh badan kita pernah injured so virus ni senang buat kerja kat area tu..

“Tak apa lah kita reda dengan apa yang Allah berikan ini sebab Allah nak kita ingat pada Dia selalu,” jelasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberi pandangan dan pengalaman yang sama.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim)