VIRAL
Vivy Yusof Hidap Lupus - "Saya Jarang Sakit, Tapi Diam-Diam Tubuh Saya Sedang 'Runtuh' Dari Dalam..."
Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof disahkan menghidap penyakit autoimun lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE).
Menerusi perkongsian di Instagram, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, mengakui biarpun akan menghadapi komitmen seumur hidup dalam menguruskan lupus, dia sudah pasrah dan berserah kepada Tuhan.
"Lupus. Bunyi macam nama haiwan liar dan ya, namanya memang bermaksud ‘serigala’. Ia tepat sekali kerana penyakit ini menyerang dalam diam, ganas dari dalam. 'Mengoyak' tubuh perlahan-lahan, tanpa kita sedar.
"Saya pun tak tahu. Sebab semua gejalanya letih berpanjangan, ruam dan sakit sendi yang saya anggap perkara biasa. Tapi sebenarnya, musuh paling besar dalam semua ini adalah stres.
"Saya fikir urus stres dengan baik. Sebagai usahawan, saya jarang sakit, sentiasa positif. Tapi diam-diam, tubuh saya sedang ‘runtuh’ dari dalam," katanya pada Isnin.
Bagaimanapun, ibu kepada empat cahaya mata itu terus bersangka baik dan berusaha mendapatkan rawatan yang terbaik.
"Syukur, saya akhirnya disahkan menghidap lupus. Sekurang-kurangnya sekarang saya tahu apa yang sedang berlaku dalam badan ini dan bagaimana untuk merawatnya.
"Saya diberitahu ini penyakit seumur hidup dan dah reda. Tapi itu tak bermakna saya berhenti mencari ikhtiar. Saya sentiasa cuba cari jalan rawatan yang lebih lembut untuk tubuh terutama yang bukan steroid. Allahu a’lam," ujarnya.