HIBURAN
Vivy Yusof Kembali, Mulakan ‘Chapter’ Baharu Dalam Kehidupan - “Terima Kasih Kerana…”
Usahawan sensasi, Datin Vivy Yusof meluahkan rasa terharu apabila menrima mesej-mesej positif daripada pengikutnya yang merindui hantaran di media sosial.
Menerusi perkongsian di Instagram, Vivy atau nama lengkapnya Vivy Sofinas Yusof, 37, berkata dia sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh pengikutnya terutama yang sentiasa memberi kata-kata semangat di sosial media.
“Saya hargai setiap seorang daripada anda, terima kasih kerana sentiasa menyokong saya,” katanya.
Pada masa sama, bekas pemilik syarikat FashionValet juga menitipkan pesanan agar tidak melihat sesuatu yang berlaku pada sudut negatif dalam kehidupan.
“Era privasi saya kini penuh dengan kasih sayang dan kebaikan. Ianya sentiasa peringatan untuk fokus pada yang baik dalam kehidupan.
“Jangan biarkan perkara negatif yang berlaku dalam hidup anda membunuh keindahan di sekeliling,” ujarnya.
Dalam pada itu, Vivy sempat berkongsi akaun baru yang dibuat bagi memulakan babak baru dalam hidupnya iaitu SincerelyVivy.
Menariknya, walaupun baharu sahaja diaktifkan akaun baharu tersebut telah berjaya memperoleh lebih kurang 31,000 pengikut di Instagram.
Sekadar info, Vivy memilih untuk aktifkan mood privasi pada akaun rasmi miliknya setelah didakwa terlibat dengan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam paltform e-dagang.