Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Vivy Yusof Mahu Tawarkan Cuti Tahunan Tanpa Had Pada Pekerja Syarikatnya

Azwa Rahman
10/02/2021 11:50 MYT
Usahawan berjaya Vivy Yusof mahu menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada kakitangan yang berkerja di syarikat fesyen miliknya, FashionValet.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy mengemukakan cadangan tersebut selepas melihat kelebihan tersebut diguna pakai dengan sebaiknya oleh kakitangan syarikat penstriman popular Netflix.

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)


“Saya mencadangkan cuti tiada had untuk syarikat dan dapat respon mengejutkan daripada pekerja senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix - mereka beri kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta mengurangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus.

“Tetapi kami bukan Netflix. Pada akhirnya kami mencapai kata sepakat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Dan ini termasuklah cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang fleksibel,” tulis Vivy di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian video itu lagi, Vivy turut berkongsi setiap pekerja layak untuk mendapat 14 hari cuti tahunan dan mahu menukarkan faedah tersebut kepada tanpa had.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan pelbagai pendapat mereka terhadap cadangan ini.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman mereka bekerja di dalam syarikat yang menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada para pekerja.

Banyak multinational company gunakan cuti tanpa had ni. Yes, ia tiada had tetapi ada terma dan syarat yang harus dipatuhi,” komen seorang wargamaya.

Career goal! Saya nak bekerja dengan Vivy Yusof,” kata seorang wargamaya.

Boleh saya apply kerja dengan Vivy? Duduk gudang pun takpe,” usik seorang wargamaya.

Unlimited leaves, but…..” tulis seorang wargamaya.

Syarikat suami saya buat cuti tahunan tanpa had ni manakala syarikat tempat saya bekerja pula menawarkan pelbagai cuti antaranya cuti sakit, pelancongan, temujanji doktor dan sebagainya,” ujar seorang wargamaya.

Uuuuu yang ni saya sokong!” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 80,000 tontonan daripada pengikutnya.

#Vivy Yusof #Fashion Valet #Cuti tahunan
;