Vivy Yusof Mohon Masa... Kenapa?

Zulaikha Yusof
Oktober 12, 2018 00:13 MYT
Usahawan terkenal dan pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, 30, memohon masa untuk dirinya membalas semua komen pengikutnya.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Vivy telah berkongsi foto anak perempuannya, Sarah Ilham Shah beserta kapsyen.
Dalam entri tersebut, Vivy mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengikutnya yang telah meninggalkan ucapan tahniah kepada mereka sekeluarga.
Vivy juga melahirkan rasa bersyukur atas niat segelintir pengikut yang ingin memberi hadiah kepada Sarah.
Namun, Vivy menjelaskan buat sementara waktu ini, mereka sekeluarga ingin menghabiskan masa bersama anak bongsu serta berehat selama tempoh berpantang.
Terdahulu, suami Vivy, Fadza Anuar telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi memuat naik foto mengucup anak perempuan bongsunya.
Vivy dan Fadza telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
#Vivy Yusof #Usahawan #Fadza