Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Vivy Yusof Pakai Tudung Tanpa Paksaan

Zulaikha Yusof 08/05/2019 | 05:01 MYT
Usahawan wanita popular, Vivy Yusof berkongsi kisah hijrahnya dalam mengenakan hijab.
Menurut Vivy tindakannya untuk bertudung bukan disebabkan paksaan oleh sesiapa.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video di akaun YouTube miliknya.
"Apabila saya meningkat dewasa, ibu saya kerap bertanya bila saya ingin memakai tudung.
"Ketika itu saya tidak mahu lagi, saya berseronok di universiti, di London malah mewarnakan rambut.
"Apabila saya berkahwin dan mempunyai anak, saya merasakan ini masanya untuk memakai tudung.
"Saya beli tudung yang banyak dan pada tahun depan saya terus mengenakannya tanpa paksaan," katanya.
Tambah pengasas jenama terkenal FashionValet ini, dia merasakan sesuatu yang klise apabila seorang selebriti dikaitkan akan mengeluarkan jenama sendiri selepas mengenakan tudung.
"Saya tahu ia sangat klise apabila seorang selebriti dikaitkan akan mengeluarkan jenama sendiri selepas mengenakan tudung.
"Hakikatnya saya sudah memakai tudung sebelum itu lagi.
"Pengalaman saya dengan tudung ialah tidak menjumpai jenama tudung yang digemari.
"Pada masa itu saya membuat keputusan untuk mengeluarkan dan berjaya dengan jenama Duck Group," katanya lagi.
Vivy berkahwin dengan Fadza Anuar pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
#Vivy Yusof
;