Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Vivy Yusof Sahut Cabaran 24 Jam Dengan Samsung Galaxy Note10+

Zulaikha Yusof
29/11/2019 04:25 MYT
Telefon pintar kini dianggap sebagai satu trend gaya hidup untuk semua. Tidak dinafikan bahawa gajet telefon ini telah banyak mempengaruhi cara masyarakat mengendalikan urusan seharian mereka.

Dengan kecanggihan teknologi, ia kini merupakan ‘mini laptop’ kepada pengguna yang wajib dibawa ke mana-mana saja.

Samsung telah memperkenalkan telefon pintar terbaru iaitu Samsung Galaxy Note10|10+ di Malaysia. Ini adalah kali pertama Samsung Galaxy siri Note menampilkan dua versi yang berbeza dengan kelainan saiz berdasarkan kesesuaian pengguna.

Datin Vivy Yusof antara pengguna yang tepat untuk menggunakan telefon Samsung Galaxy Note10+ dalam kehidupan hariannya.

Nama Vivy Yusof bukanlah satu nama yang asing lagi di dalam dunia perniagaan alam maya terutamanya di kalangan wanita. Bukan sahaja terkenal sebagai usahawan, Vivy juga merupakan ikon sosial yang sering dijadikan idola.

Vivy menyahut cabaran untuk melancarkan tudung keluaran terbarunya dalam tempoh 24 jam hanya dengan menggunakan Samsung Galaxy Note10+: 

Sebenarnya terdapat banyak ciri tersembunyi yang terdapat dalam Samsung Galaxy Note10|10+ yang mungkin anda tidak menyangkakan.

Berikut merupakan senarai enam fungsi yang dikongsikan oleh Vivy Yusof:

1)    Advanced Super Steady

Walaupun tidak mahir dalam videografi, namun Vivy telah membuktikan dia berjaya merakam video model wanitanya menggayakan tudung terbaru tanpa pertolongan orang lain. 

Walaupun direkod sambil bergerak, namun hasilnya masih ternyata jelas tanpa sebarang gegaran atau shaky. Like a pro!

2)    Video Editing Feature 

Siapa cakap bos hanya goyang kaki di pejabat? Untuk jimatkan masa, Vivy terus menyunting rakaman video itu secara ‘on the go’ hanya dengan menggunakan telefon Samsung Galaxy Note10+. Cepat dan mudah! Hasil pun meletop.

3)    S Pen 

Kerjaya Vivy sebagai seorang usahawan memerlukan dirinya sentiasa bersama komputer riba. Namun tidak kali ini kerana Samsung telah mempertingkatkan keupayaan S Pen pada peranti Galaxy Note10|10+.

S Pen mampu melaksanakan tugas menerusi pergerakan udara mengikut simbol tertentu dan hanya perlu memegang tanpa menyentuh peranti.

Dengan S Pen, ia memudahkan Vivy untuk membentangkan‘slideshow’ kepada staf tanpa komputer riba kesayangannya.

4)    DeX 

Dalam keadaan masa yang singkat dan ingin cepat, Vivy hanya menggunakan telefon pintarnya, sebagai pengganti komputer riba. 

Hanya sambungkan kabel USB kepada telefon dan ‘on the spot’ maklumat yang diinginkan muncul pada skrin. Samsung Galaxy Note10|10+ adalah CPU kepada penggunanya yang lebih produktiviti dan lebih ‘multitasking’. 

5)    Knox 

Walapun sibuk dengan kerjaya dan keluarga, Vivy perlu memastikan setiap data penting harus dijaga dengan rapi. Takut juga digodam atau bocor kepada pesaing lain.

Namun tidak perlu khuatir lagi dengan Secure Folder. Semuanya akan dilindungi dengan platform keselamatan bergred ketenteraan yang dikenali sebagai Samsung Knox.

6)    Bateri 

Walaupun Vivy menggunakan telefon tanpa henti sepanjang hari bateri Samsung Galaxy Note10+ masih bertahan lagi. Bukan setakat Vivy seorang saja yang menggunakan, siap pinjamkan kepada staf lagi.   

Tak perlu risau tentang kehabisan bateri dengan kapasitinya sehingga 4,300 mAh. Nak cas bateri sampai penuh pun tak payah tunggu lama. Senang kerja!



Selain itu, Samsung Malaysia juga menawarkan promosi istimewa kepada pelanggan bertuah untuk merasai suasana kehidupan pintar sempena Sambutan Ulang Tahun ke-10 Samsung Galaxy. 


 
Dapatkan ‘Eco Bundle’ untuk melayakkan diri anda untuk menerima telefon bimbit Galaxy    
Note10+ bersama Galaxy Watch Active2 yang berharga RM4,499. Sekaligus ia boleh diguna untuk
merakam kenangan bersama yang tersayang pada cuti sekolah ini. Namun, jangan dilengahkan kerana promosi akan berakhir pada 31 Disember 2019. Jangan terlepas!


 
#Advertorial #Samsung Galaxy Note10+