Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Vivy Yusof Selamat Bersalin, Namakan Anak Bongsu Sarah Ilham Shah

Amri Hassan
10/10/2018 08:33 MYT
Usahawan terkenal dan pengasas jenama FashionValet, Vivy Yusof, 30, telah selamat melahirkan bayi bongsunya petang tadi.

Menerusi kemas kini akaun Instagram suami Vivy, Fadzarudin Shah Anuar, keadaan Vivy dan bayi yang baru dilahirkan dalam keadaan stabil.

Malah, pasangan itu turut mengumumkan nama anak perempuan mereka; Sarah Ilham Shah.

"Alhamdulillah. Thank you for all your prayers. Mommy is doing well and big brother and sister are still on their way to meet Sarah Ilham Shah," tulis Fadza bersama sekeping foto hitam putih.


Fadza terlebih dahulu memuat naik gambar dia menemani Vivy di hospital sekitar tengah hari tadi menerusi Instastory.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 5, dan Mariam Iman Shah, 3 tahun.
#Bersalin #Vivy Yusof #FashionValet
;