Pelakon Ellie Suriaty menjelaskan kriteria pelajar Akademi Fantasia 2016 (AF2016) pilihannya mestilah mempunyai vokal yang bagus dan tidak manja.
“Saya mencari pelajar yang mempunyai ‘star value’ dan pastinya ini adalah pertandingan mencari bakat dalam bidang nyanyian jadi vokal sememangnya menjadi keutamaan.
“Saya lebih suka peserta yang berani, tak takut dan bukan jenis yang manja, sebab kalau manja nanti susah, bila diberikan tugasan mulalah itu tak boleh ini tak boleh.
“Jadi untuk sertai AF, mereka patut berupaya untuk berdepan dengan industri kita yang sangat mencabar,” katanya kepada Astro Gempak.
Menerima cabaran untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar AF2016, aktres ini juga memberitahu tidak mudah untuk mencari seorang penghibur serba boleh.
“Apabila sebut tentang nyanyian, peserta haruslah mempunyai vokal yang luar biasa untuk menarik perhatian juri.
“Nak membentuk peserta menjadi seorang bintang bukanlah senang, sebab itu kita adakan sesi ujibakat di mana juri sendiri turun padang untuk menilai kemampuan peserta.
“Selain nyanyian kami juga akan melihat bakat lakonan, orang yg pandai belakon ni dia ada gaya tersendiri. Bila bagi sesuatu cabaran dia tidak akan kekok dan di situ kita dah boleh menilai.
“Bukan senang nak cari peserta luar biasa di mana selepas tamat AF orang akan ingat. Itulah yang saya maksudkan dengan ‘star value’. Insha Allah kita akan ambil yang terbaik
“Kalau boleh saya nak juga ambil pelajar yang cepat tangkap kerana masa yang ada dalam akademi begitu suntuk, jadi kalau dia cepat tangkap itu bonus untuk dia,” ujarnya.
Sesi ujibakat AF2016 akan bermula pada 15 Julai (Jumaat) sehingga 17 Julai (Ahad) ini, bertempat di The Boulevard- St Giles Premier Hotel, Midvalley Kuala Lumpur.
Klik sini untuk lihat syarat-syarat penyertaan.
Layari Akademi Fantasia 2016 untuk maklumat lanjut
Ahmad Shah
Thu Jul 14 2016
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.