Laman Utama

Vokal Makin Merudum? Peminat Perasan Persembahan Siti Nordiana Tak Sebagus Ketika Di Gegar Vaganza, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

gempak
Izwan Isa
05/11/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Vokal Makin Merudum? Peminat Perasan Persembahan Siti Nordiana Tak Sebagus Ketika Di Gegar Vaganza, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan…

Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi Siti Nordiana sering menjadi bualan dan perbincangan netizen apabila prestasi nyanyiannya dikatakan tidak segah ketika penyertaannya menerusi Gegar Vaganza 2 suatu ketika dahulu.

Sehingga ada yang mendakwa vokal penyanyi yang mesra disapa Nana itu semakin merudum dan gagal menyita peminat menerusi persembahan-persembahan pentas.
Menjawab kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya, Nana mengakui ada beberapa persembahannya tidak mencapai standard yang diingini.
“Bagi saya, sebagai seorang penyanyi, ada masa kita tak cukup rehat dan ada juga masa kita tidak sihat. Penyanyi bukan mesin.
“Tambahan pula, saya sudah beberapa kali dijangkiti COVID-19. Justeru, ada terkesan sikit pernafasan dan suara saya buat masa ini,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Nana menjelaskan, efek COVID-19 yang dialami bukanlah menjadi alasan untuk tidak terus memperbaiki diri sebagai penyanyi.
“Dijangkiti COVID-19 bukanlah alasan kita untuk nyanyi main-main. Saya pun perasan adalah dua tiga persembahan yang saya sifatkan sebagai kurang baik.
“Jadi, kalau netizen tegur dan betul persembahan saya tak bagus, saya terima dengan hati terbuka,” katanya.
Menurut Nana, bagi memperbaiki mutu persembahan, dia sentiasa berlatih vokal selain melakukan senaman di rumah.
“Untuk mengatasi masalah pernafasan, saya akan ambil kelas vokal bersama Cikgu Shafi. Dalam masa yang sama, saya juga berlatih di rumah dan melakukan senaman,” katanya lagi.
Dalam perkembangan terkini, Nana sibuk mempromosikan single terbaharu berjudul Menyantun Kasih. Single berkenaan dicipta oleh Datuk M. Nasir dan lirik oleh Keon.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024