Skip to main content

Berita Tempatan

"Vokal Saya Kedengaran Macam Okay, Tapi..." - Datuk Seri Siti Nurhaliza

ctdk7jun.jpg
Selepas bersalin anak pertama, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza muncul dengan single yang berjudul Cinta Syurga, duet bersama Khai Bahar.

Single berbentuk zikir yang menggunakan melodi lagu Comel Pipi Merah itu dikeluarkan bersempena sambutan Ramadan tahun ini.

Ramai peminat memuji kemerduan vokal Siti yang kedengaran masih berbisa biarpun baru sahaja melahirkan Siti Aafiyah pada Mac lalu.
 
 

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA & SILATURAHIM RAMADAN DAN PELANCARAN SINGLE ‘ CINTA SYURGA’ DATO’ SRI SITI NURHALIZA & KHAI BAHAR. . Penganjur: SNP (M) Sdn. Bhd @ctdk Dengan Kerjasama: Universal Music Malaysia dan IMIZU @universalmusicmalaysia @imizu_official Tarikh: 2 Jun 2018 Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. . Sekalung penghargaan kepada seluruh Sitizoners yang hadir dan bekerjasama menjayakan majlis ini. Terima kasih juga di atas sumbangan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah ‘ Daripada Sitizoner Kepada Sitizoner’ dan juga door gift. Iring/Cable Phone/Door Gift: @onegadgets_Factory @Rara_SimplySiti @Reynnalenna Buku Nota -@watieysoong Beg-@lnkmultivision Hamper-@khairulhakiminmuhammad @ctsharina @zuranazir @nazirul_mubin96 @captainshahirbakery, Nieda Ieeda Leo @gbaiabbsamad @tiaradaksinaofficial Baucer: Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.@ourdeentraveltours . Terima kasih kepada semua Sitizoners, SNP, Universal Music, pengurusan artis Khai Bahar @khaibahar94 dan syarikat rakaman NAR Records @narrecords kepada semua yang bekerjasama. Busana: @qudynaziz @qudynofficial Solekan:@epie_temerloh PA System: Fajar Baiduri Photo & Video: @rasafilm.co #bukapuasaSitizone2018 #cintasyurga #sitizone #sitizoners

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on


Namun begitu, Siti mengakui vokalnya masih belum berada di tahap terbaik selepas selesai sesi berpantang.

"Vokal saya kedengaran macam okay, tetapi saya akui vokal saya masih belum berada di tahap terbaik, lagi-lagi kerana saya berehat lama selepas bersalin.

"Saya tak selalu berlatih kerana sibuk memberikan tumpuan kepada anak. Walaubagaimanapun, sesi rakaman lagu Cinta Syurga ini dipermudahkan.

"Alhamdulillah, lagu ini tidak memerlukan nada tinggi dan saya boleh sampaikan dengan tenang dan mudah," kata Siti.

Tambah pelantun lagu Bersandar Cinta ini, dia perlu lebih latihan sekiranya dia ingin merakamkan lagu berbentuk pop yang memerlukan kekuatan vokal.

"Jika saya ingin merakamkan lagu rentak pop atau balada yang memerlukan kekuatan vokal, saya akui saya kena banyak berlatih sebelum masuk ke studio rakaman.

"Saya akui ada perubahan vokal selepas bersalin dan saya akan kembali melakukan latihan vokal selepas sambutan Hari Raya ini, Insya-Allah," katanya ketika ditemui di majlis iftar dan pelancaran single Cinta Syurga anjuran Sitizoners baru-baru ini.


Dalam pada itu, Siti gembira kerana single duet terbarunya bersama Khai mendapat respon positif ramai.

"Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira kerana lagu ini mendapat maklum balas yang sangat baik. Terima kasih kepada peminat saya dan Khai yang tidak henti menyokong Cinta Syurga," ujarnya.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Rozi Abd Razak
 

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA & SILATURAHIM RAMADAN DAN PELANCARAN SINGLE ‘ CINTA SYURGA’ DATO’ SRI SITI NURHALIZA & KHAI BAHAR. . Penganjur: SNP (M) Sdn. Bhd @ctdk Dengan Kerjasama: Universal Music Malaysia dan IMIZU Tarikh: 2 Jun 2018 Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. . Sekalung penghargaan kepada seluruh Sitizoners yang hadir dan bekerjasama menjayakan majlis ini. Terima kasih juga di atas sumbangan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah ‘ Daripada Sitizoner Kepada Sitizoner’ dan juga door gift. Iring/Cable Phone/Door Gift: @onegadgets_Factory @Rara_SimplySiti @Reynnalenna Buku Nota -@watieysoong Beg-@lnkmultivision Hamper-@khairulhakiminmuhammad @ctsharina @zuranazir @nazirul_mubin96 @captainshahirbakery, Nieda Ieeda Leo @gbaiabbsamad @tiaradaksinaofficial Baucer: Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.@ourdeentraveltours . Terima kasih kepada semua Sitizoners, SNP, Universal Music, pengurusan artis Khai Bahar @khaibahar94 dan syarikat rakaman NAR Records @narrecords kepada semua yang bekerjasama. Busana: @qudynaziz @qudynofficial Solekan:@epie_temerloh PA System: Fajar Baiduri Photo & Video: @rasafilm.co #bukapuasaSitizone2018 #cintasyurga #sitizone #sitizoners

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

 

SEKITAR MAJLIS BERBUKA PUASA & SILATURAHIM RAMADAN DAN PELANCARAN SINGLE ‘ CINTA SYURGA’ DATO’ SRI SITI NURHALIZA & KHAI BAHAR. . Penganjur: SNP (M) Sdn. Bhd @ctdk Dengan Kerjasama: Universal Music Malaysia dan IMIZU @universalmusicmalaysia @imizu_official Tarikh: 2 Jun 2018 Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC. . Sekalung penghargaan kepada seluruh Sitizoners yang hadir dan bekerjasama menjayakan majlis ini. Terima kasih juga di atas sumbangan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah ‘ Daripada Sitizoner Kepada Sitizoner’ dan juga door gift. Iring/Cable Phone/Door Gift: @onegadgets_Factory @Rara_SimplySiti @Reynnalenna Buku Nota -@watieysoong Beg-@lnkmultivision Hamper-@khairulhakiminmuhammad @ctsharina @zuranazir @nazirul_mubin96 @captainshahirbakery, Nieda Ieeda Leo @gbaiabbsamad @tiaradaksinaofficial Baucer: Our Deen Travel & Tours Sdn. Bhd.@ourdeentraveltours . Terima kasih kepada semua Sitizoners, SNP, Universal Music, pengurusan artis Khai Bahar @khaibahar94 dan syarikat rakaman NAR Records @narrecords kepada semua yang bekerjasama. Busana: @qudynaziz @qudynofficial Solekan:@epie_temerloh PA System: Fajar Baiduri Photo & Video: @rasafilm.co #bukapuasaSitizone2018 #cintasyurga #sitizone #sitizoners

A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on

Must-Watch Video

Advertisement