Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Vokalis Berang Anak Dimaki Kerana Kad Pokemon, Ajak Bapa Pelajar Lawan Tinju

Maliah Surip
16/11/2023 14:55 MYT
Penyanyi Andika Mahesa melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang bapa kepada pelajar di sekolah anaknya selepas lelaki tersebut didakwa berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anaknya.

Bekas vokalis kumpulan Kangen Band tersebut malah sudah membuat laporan polis terhadap lelaki yang dikenali sebagai AR tersebut.

Tindakan itu diambil bukan hanya kerana anaknya yang mahu dikenali sebagai MMB dikasari tetapi mengambil kira perubahan sikap MMB yang didakwa ketakutan dan cepat cemas.

“Anak saya kini ketakutan dan jatuh sakit. Sebagai bapa saya tidak boleh menerima hal ini,” kata Andika.



Menurut laporan Kompas, Andika mengatakan kejadian terjadi sewaktu MMB yang masih berada di tahun satu melihat rakan sekolah membawa kad permainan Pokemon.

MMB lalu mengambil kad tersebut dengan tujuan untuk bermain bersama.

Namun tindakannya tidak diterima bapa pelajar tersebut. MMB lalu dicaci maki.



Menurut Andika lagi sebelum ini MMB pernah memecahkan bekal makanan pelajar sama namun diselesaikan cara baik dan bekas tersebut telah digantikan.

Selain melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis, Andika yang masih tidak berpuas hati mengajak bapa pelajar itu bertarung di dalam gelanggang tinju.

“Jadi saya ajak bapanya bertarung tinju. Bapa sama bapa. Tapi dia tidak mahu, dia kata tak peduli dengan keinginan Andika. Saya ini tidak pernah guna title artis kalau berjumpa sesiapapun,” katanya lagi.

#Viral #Indonesia #Vokalis #Pokemon #Andika Mahesa #Berang #Tinju
;