Penyanyi kumpulan One Republic, Ryan Tedder berkongsi rasa lega ekoran pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat beransur reda.

Menurut Ryan, peraturan pemakaian pelitup muka juga telah diberikan kelonggaran di negara berkenaan.

Justeru, jadual kerja kumpulan kegemaran ini juga semakin sibuk dan sempat melakukan penggambaran muzik video baru-baru ini.

"Di sini, kami sudah boleh membuka pelitup muka dan membuat persembahan di khalayak.

"Saya juga dimaklumkan, pemakaian pelitup muka dan peraturan-peraturan lain masih lagi berkuat kuasa di negara-negara Asia," katanya.

Ryan berkata demikian dalam sidang media virtual yang diadakan untuk mempromosikan album terbaru One Republic berjudul Human pada Selasa.

Dalam pada itu, Ryan turut berharap agar kehidupan dan situasi pandemik di Asia beransur pulih dalam tempoh terdekat.

"Saya amat berharap agar keadaan di sana (Asia) kembali pulih dalam keadaan yang segera," katanya lagi.

Antara lagu yang sudah pasti dimuatkan dalam album Human adalah Run, Rescue Me, Wanted, Better Days dan Didn't I.

One Republic kini sedang sibuk mempromosikan Run, sama-sama kita nantikan kemunculan album mereka!

Foto: Billboard