ANTARABANGSA
Volvo XC90 Armoured, SUV kalis peluru dan letupan kini boleh ditempah
Ia mungkin kelihatan tidak ubah seperti XC90 yang lain, namun seperti yang dicadangkan oleh namanya, Volvo XC90 ‘Armoured’ ini sebenarnya dilengkapi dengan perisai bertaraf VR8 yang kalis peluru dan letupan.
Menurut Volvo, XC90 Armoured mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan. Ia adalah berasaskan varian T6 AWD Inscription yang dibina di Torslanda, Sweden.

Apa yang menjadikan XC90 ini kebal adalah plat perisai keluli berkekuatan tinggi setebal 10mm dan juga kaca setebal 50mm.

Semua perisai dan perlindungan tambahan itu menjadikan XC90 Armoured 1,400kg lebih berat berbanding versi biasa. Dengan lima orang penumpang, berat keseluruhan model ini boleh mencecah 4,490kg.


Secara tidak langsung, sistem suspensi dan sistem brek turut dipertingkatkan bagi memastikan ia boleh menampung berat berlebihan itu. Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada enjin turut dinaik taraf atau tidak.
Tempahan bagi XC90 Armoured sudah dibuka, manakala penyerahan akan bermula pada hujung tahun ini.


Must-Watch Video