Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Wah 8 Bulan Dah Pandai...”- Anak Kedua Hairul Azreen Boleh Berdiri Sendiri

Syafiqah Jalal 25/02/2020 | 05:44 MYT
Aksi anak kedua Hairul Azreen, Alisa Aisyah yang baru berusia lapan bulan dilihat berdiri dalam masa yang lama tanpa sebarang bantuan telah mendapat perhatian netizen.
Aksi itu dirakam dalam sebuah video dan dimuat naik sendiri oleh Hairul menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, difahamkan Hairul menerima kiriman video tersebut dari isterinya, Hanis Zalikha ketika dia sedang bekerja.
“Macam mana daddy nak kerja , kalau dapat video macam ni,” tulisnya.
Video itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji perkembangan sihat anak perempuannya itu yang dianggap cepat.
“Wah 8 bulan sah pandai dah...
“Alisa dah dapat kaki.
“Mesti Alisa dah boleh jalan umur 9 bulan nanti,” antara komen pengikutnya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata Yusuf Iskandar berusia tiga tahun.

Macam mana daddy nk kerja , kalau dpt video macam ni ? @thealisaaisyah #8Month

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

#Anak #Hanis Zalikha #Hairul Azreen
;