Pelbagai reaksi orang ramai dapat diperhatikan di media sosial ketika mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.

Terbaru, menerusi Instagram, aktres Nabila Huda berkongsi sebuah video bapanya, Amy Search yang sedang menerima suntikan tersebut.

Dalam video itu, Amy kelihatan tenang dan menyanyi potongan lagu Fantasia Bulan Madu ketika petugas kesihatan menyuntiknya.

"Alhamdulillah, siap nyanyi lagi eh...bukan main! Jauh beza dengan video anak dia..haha!" tulis Nabila sebagai kapsyen.

Gelagat Amy itu mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya terhibur, malah ada juga yang berseloroh mengatakan Amy cuba menyelindungkan rasa 'cuak' ketika disuntik.

"Untung nurse tu, Amy menyanyi live untuk dia, bestnya suara dia.

"Kot dalam hati tu kecut perut tu yang menyanyi, cover la sikit.

"Hahaha power la uncle," tulis netizen di ruangan komen.

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita mendapatkan dos lengkap vaksin COVID-19 untuk membentuk imuniti kelompok.

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, anda haruslah mendapatkan nasihat dan saranan daripada doktor terlebih dahulu.