Laman Utama

Wah, Bukan Main! Luna Maya Bercium Buat Pertama Kali Ketika Usia…

Izwan Isa
14/10/2021
14:45 MYT
Jika kebanyakan bintang ternama memilih untuk tidak berkongsi tentang cerita peribadi dan kisah ‘dalam kain’ kepada khalayak, namun lain pula halnya dengan aktres popular kelahiran Indonesia, Luna Maya.
Menerusi temu bual di saluran Youtube pelakon Thalita Latief, pelakon filem seram Suzzanna: Bernapas Dalam Kubur itu diajukan dengan soalan mengenai pengalaman berkucupan buat pertama kalinya.
Namun, sebelum sempat Luna Maya menjawab, Thalita terlebih dahulu mengaku bahawa ciuman pertamanya terjadi ketika dia berada di SMA Kelas 1 (Tingkatan 4 di Malaysia).
First kiss kamu pada usia berapa? Jujur, first kiss saya, SMA, tapi umur berapa saya lupa. Sudah mencapai usia 17 tahun ke belum ya? Kalau saya di SMA Kelas 1 seperti bercinta dengan senior kelas,” ungkap Thalita.
Selepas Thalita berkongsi mengenai momen pertama bercium, tiba giliran Luna Maya bercerita mengenai pengalaman yang serupa.
Menariknya, Luna Maya memberitahu bahawa ciuman pertama oleh seorang kanak-kanak lelaki sewaktu dia masih SD (sekolah rendah di Malaysia) merupakan pengalaman ciuman pertama yang tidak boleh dilupakan.
“Tak mengapakan kalau first kiss perlu di bibir? Saya di Kelas 3 SD (umur 10 tahun) manakala dia 6 SD (13 tahun) dan dia cium saya di pipi. Ketika itu, kami sedang bermain buaian,” ujar Luna Maya.
Saat mendengar sahaja cerita Luna Maya itu, Thalita secara spontan melontarkan reaksi yang tidak terduga.
“Eh, comelnya!” ungkap Thalita.
Terdahulu, Luna Maya pernah membuat pengakuan bahawa dirinya kini sudah mempunyai kekasih hati.
Walaupun tidak memberitahu siapakah gerangan yang telah menambat hatinya, namun, ramai yang tahu bahawa dia sedang berkenalan rapat dengan seorang lelaki yang berasal dari Jepun bernama Ryochin.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Meluat Luna Maya Atur Hidupnya, Maxime Bouttier ‘Ghosting’ Aktres Ini Sampai Menangis

gempak
15/06/2024
14:55 MYT
Hubungan asmara di antara bintang cantik Luna Maya dengan aktor kacak Maxime Bouttier bukan lagi rahsia.
Laman Utama

Luna Maya Buang Fotonya Di IG, Maxime Bouttier Jawab Spekulasi Putus Cinta

gempak
07/11/2023
13:55 MYT
Kenapa Luna Maya padam gambar Maxime di IG?
Laman Utama

Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram

gempak
24/06/2023
03:55 MYT
Takutnya...
Laman Utama

[FOTO] Akui Macam Pasangan Kembar, Luna Maya & Lucinta Luna Bimbang Tertukar Teman Lelaki

gempak
30/05/2023
15:50 MYT
Macam kembar ke?
Laman Utama

Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa

gempak
29/05/2023
13:50 MYT
Luna Maya ada kekasih baharu!