“Wah Dah Berlakon” - Ramainya Tak Sabar Nak Tengok Lakonan Meerqeen

Mya Amri
September 23, 2020 05:47 MYT

Finalis hero Remaja, Meerqeen mendapat perhatian peminat apabila bakal muncul dengan filem pertama berjudul Kelaster.

Menerusi ruangan komen akaun Instagram miliknya, peminat mula menyatakan rasa tidak untuk melihat lakonan Meerqeen.

“Wow tak sabarnya nak tengok”, “Tahniah untuk filem pertama anda,” dan “Tahniah Mermer, see you soon,” antara komen yang diberikan.

Meerqeen bakal membawakan watak Usop iaitu salah seorang pelajar yang terperangkap di kolej selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah membendung wabak pandemik COVID-19.

Selain Meerqeen, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish, Achey, Merqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani, Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang akan ditayangkan pada September ini.

Menariknya lagi, filem ini merupakan penampilan ‘comeback’ Nora selepas dua tahun.

Jangan lupa saksikan Kelaster bermula 24 September 2020 di Astro First (saluran 480).

#Meerqeen