Tinggal dua hari sahaja lagi filem Olympic Dream bakal menemui penonton di Astro First, pawagam di rumah anda.

Pastinya filem ini akan membuatkan ramai tertunggu-tunggu kerana ingin menonton kehebatan lakonan legenda badminton negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.

Tambahan lagi, filem arahan Don Hoe ini turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021; Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019; Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

Apa yang lebih membanggakan filem Olympic Dream ini turut tersenarai dalam 71 pencalonan dalam beberapa festival antarabangsa.

Babak-babak yang dipaparkan juga pasti membuatkan semangat kesukanan penonton membara kerana ia ibarat menonton perlawanan sebenar!

Dah ready? Jom baca sinopsis kat bawah ni:

Sinopsis
Olympic Dream mengisahkan tentang Wong Anna yang meminati dan bercita-cita sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidakmematahkan impiannya.

Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan yang juga merupakan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton.

Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah dan itu membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan.

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebanggsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu.

Anna dan Hao Yu belatih keras untuk mengatasi semua kesukaran. Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta orang Malaysia untuk melangkah ke Olimpik.

Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik.

Jangan lupa tonton Olympic Dream di Astro First, saluran 480 bermula 23 September ini.