Atas kesedaran mahu membantu frontliners serta membebaskan negara daripada cengkaman pandemik COVID-19, ramai selebriti tempatan turun padang membantu kerajaan dengan menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV).

Jika sebelum ini hanya Fizo Omar sahaja, kini ramai selebriti terkenal lain termasuk Nazim Othman, Amelia Henderson, Anna Jobling, Puteri Aishah, Adam Shaz dan ramai lagi yang turut serta.

Berikutan kekurangan kakitangan kesihatan di PPV COVID-19, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka peluang untuk orang awam menjadi sukarelawan bagi mengendalikan proses vaksinasi COVID-19.

Menerusi perkongsian di Instagram, beberapa artis berkenaan berkongsi pengalaman mereka sewaktu menjadi sukarelawan di PPV di serata Malaysia.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)


Usaha mereka juga mendapat perhatian netizen yang memuji kerja amal mereka selain menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.