Viral
Wah… Makin Popular Kek Lapis Sarawak, Ditampilkan Dalam Rancangan Televisyen UK The Great British Bake Off!
Kek Lapis Sarawak telah menjadi bualan orang ramai apabila diperkenalkan dalam salah sebuah episod rancangan televisyen United Kingdom popular, The Great British Bake Off.
Pemenang dalam episod berkenaan, Henry Bird berkata, dia sendiri tidak tahu kewujudan Sarawak sebelum ini.
"Saya pernah mendengar Malaysia sebelum ini. Saya tidak pernah mendengar tentang kek lapis Sarawak atau kek lapis," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bird dinobatkan sebagai Star Baker dengan ciptaannya yang dinamakan 'English Present Box' bagi episod terbabit.
Rancangan realiti TV tersebut menyaksikan peserta bertanding untuk menjadi pembuat kek dan pastri terbaik di UK.
Tujuh peserta bersaing dalam cabaran membuat kek lapis Sarawak walaupun tidak pernah mencubanya sebelum ini.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen gembira apabila kek lapis Sarawak diperkenalkan ke peringkat antarabangsa.