Kurang seminggu lagi kita akan meraikan sambutan Hari Raya sebagai hari kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Biarpun bakal menyambut Aidilfitri serba sederhana tahun ini, mood Syawal kian dirasakan dengan pelbagai seleksi lagu Raya yang mula diputarkan di stesen radio.

Selalunya, kita disajikan dengan dendangan lagu bertemakan Hari Raya dari penyanyi terkenal tempatan.

Terkini, ada pula percubaan baru dari seorang penyanyi mat salih kacak yang bernama Jalil River menyanyikan lagu Hari Raya!

Mat salih nyanyi lagu Raya, biar benar ni?

Ya, betul! Menerusi lagu bertajuk Menjelang Hari Mulia, Jalil menyampaikan lagu Raya dalam bahasa Melayu bersama seorang lagi penyanyi baru, Airinna Namara.

Jom lihat @jalil_river & @airinna.namara menyanyikan lagi Menjelang Hari Raya ini? ???? #laguraya #raya2020 #shoppingraya #pkp #pkpb #mco #ewhallet #hariraya #stayathome #dudukrumah

A post shared by eWhallet (@ewhallet) on


Berasal dari Belanda, Jalil atau nama sebenarnya Chris der Kinderen mempunyai minat mendalam terhadap bidang muzik semenjak kecil.

Mula berkelana di Malaysia semenjak 2017 kerana urusan kerja, Jalil yang berusia 36 tahun ini mula jatuh cinta dengan keunikan negara kita yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

Kini telah memeluk agama Islam dan berkahwin dengan wanita tempatan, Jalil mengekspresikan kreativitinya meraikan Ramadan dan Syawal menerusi lagu Menjelang Hari Mulia!

Mari kita tonton dan dengar lagu Raya Jalil di bawah: