Laman Utama

“Wah Nampak Baby Bump!”- Didakwa Hamil, Peminat Ucap Tahniah Pada Izreen Azminda!

gempak
Syafiqah Jalal
29/03/2021
10:20 MYT
Sponsor Banner
“Wah Nampak Baby Bump!”- Didakwa Hamil, Peminat Ucap Tahniah Pada Izreen Azminda!
Pelakon Izreen Azminda didakwa sedang hamil anak ketiga selepas video terbaharu di Instagram (IG) miliknya menunjukkan perutnya yang sedikit membesar.
Menerusi video tersebut, Izreen yang memakai baju panas sedang berjalan sehingga jelas menampakkan baby bump.
Entri tersebut mendapat perhatian netizen yang menyangka dia kini sedang hamil dan mengucapkan tahniah.
“Alhamdullilah baby bump,” komen salah seorang warga maya.
“Preggy ke tu? Alhamdulillah,” tanya salah seorang pengikutnya.
“Wahhh nampak baby bump,” kata salah seorang netizen.
Izreen bagaimana pun masih mendiamkan diri serta hanya meninggalkan ia tanda tanya.
Netizen bagaimana pun berminat untuk mengetahui berapa bulan kandungannya itu.
“Tahniah dah berapa bulannn?” tanya lagi salah seorang warganet tanpa putus asa.
Izreen mendirikan rumah tangga bersama suami Ude Wahid secara rahsia pada 8 Ogos 2019. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Aaron Ibrahim, 2.
Izreen menerusi perkahwinan terdahulu bersama seorang jurukamera, Muhamd Riza, dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 5.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live