Wah, Neelofa Jadi Satu-Satunya Selebriti Malaysia Yang Diikuti Bella Hadid Di Instagram!

Kamaruddin Razal
November 27, 2018 04:15 MYT
Pengacara rancangan MeleTOP, Neelofa menjadi satu-satunya selebriti Malaysia yang diikuti oleh supermodel terkemuka, Bella Hadid di laman Instagram.
Bella bertandang ke Malaysia untuk menghadiri majlis makan malam bersempena pelancaran butik terbaru jam tangan mewah Tag Heuer di sebuah hotel terkemuka Kuala Lumpur.
Di majlis terbabit, Neelofa duduk makan semeja bersama Bella dan menerusi sebuah video yang sedang viral dilaman sosial, Neelofa dilihat mengajar Bella makan nasi lemak.
Bella telah membuat penampilan pertama di Malaysia selepas dua tahun menjadi duta jam tangan mewah terbabit.
Selain Neelofa, majlis makan malam eksklusif bersama Bella turut dihadiri Scha Alyahya, Neelofa, Puteri Iman dan ramai lagi.
Setakat ini, Bella mempunyai 21.3 juta pengikut di laman Instagram dan dia hanya mengikuti 274 orang di laman sosial terbabit.
#Neelofa #Bella Hadid