Wah! Neelofa Terima Kejutan Sejambak Ros Dalam Pesawat

Elrafaei Sapi
Mac 24, 2018 06:00 MYT
Selebriti popular, Neelofa menerima kejutan jambangan bunga ros sebagai tanda penghargaan daripada AirAsia.
Ini berikutan pengacara program Meletop itu dicalonkan untuk Anugerah Women of the Future Awards (South East Asia).
Kejutan jambangan bunga ros yang dibawakan seorang pramugara syarikat penerbangan tambang murah itu menarik perhatian penumpang lain yang menaiki pesawat AK710, kelmarin.
Gambar dan status mengenai Neelofa itu dimuat naik di Instagram, Aziz Laikar.
Acara tersebut diadakan sebagai pengiktirafan golongan wanita muda seperti Neelofa yang meraih pencapaian memberangsangkan dalam bidang perniagaan.
Malah, menerusi status itu menyatakan pengiktirafan dalam acara sedemikian sebagai sokongan berterusan pada wanita yang berbakat dari seluruh dunia.
Neelofa sebelum ini dilantik sebagai ‘Non-Executive Independent Director’ AirAsia berdasarkan pencapaian beliau sebagai usahawan yang dianggap mempunyai jenama amat bernilai pada syarikat penerbangan tersebut.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @azizlaikar
#AirAsia #Neelofa;