Wah Seronoknya! Omar & Hana Bersiaran Lebih Masa Sepanjang Ramadan Ni...
Fiza Kamarudin
20/04/2021 12:50 MYT
20/04/2021 12:50 MYT
Siri animasi popular Omar & Hana akan berdurasi lebih panjang iaitu, selama 11 minit sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak ini.
Musim terbaharu ‘Kisah Omar & Hana’ yang hadir dalam Bahasa Melayu dan Inggeris ini lebih padat dengan intipati pembelajaran, sajian lagu dan pelbagai doa untuk panduan semua.
Musim baharu ini merangkumi empat episod bertemakan Ramadan dan satu episod berlatarbelakangkan Raya dan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula dari 16 April hingga 14 Mei.
Episod-episod Ramadan musim terbaharu ‘Kisah Omar & Hana’ berkisar tentang cerita tauladan para Malaikat dan tanggungjawabnya, kesabaran ketika berpuasa, manfaat dan pahala yang dikumpul melalui sadaqah dan untuk mengasihi dan menghargai orang yang anda sayangi ketika mereka masih bersama dengan kita di dunia ini.
Manakala, episod khas Raya pula akan memperlihatkan Omar & Hana belajar mengenai panduan Kiblat dan sebab-sebab mengapa umat Islam perlu melaksanakan solat dalam keadaan menghadap ke arah Kaabah.
Pengasas dan CEO Digital Durian Animation, Sinan Ismail, berharap penonton dapat menerima baik dan menikmati episod-episod istimewa Omar & Hana yang telah disusun sepanjang Ramadan tahun ini.
Sementara itu penerbitnya Fadilah A. Rahman, berkata, episod berdurasi panjang musim baharu ini atas permintaan daripada peminat Omar & Hana di seluruh dunia dan sebagai tanda penghargaan kepada peminat cilik.
Sempena musim terbaharu ‘Omar & Hana’ ini, Digital Durian juga telah melancarkan kempen ‘Hero Ramadan’ demi meraikan kedatangan bulan Ramadan dan peminat.
Peminat dialu-alukan untuk berkongsi detik istimewa mereka sepanjang bulan mulia ini dan
perkongsian pengalaman terbaik berpeluang memenangi hadiah dan barangan cenderahati dari Omar & Hana.
Turut diadakan, siaran E-Khutbah khas buat ibu bapa dan ia hadir dalam tiga bahasa; Melayu, Inggeris dan Indonesia yang disiarkan setiap hari Jumaat di YouTube Omar & Hana.
E-khutbah ini menyaksikan penglibatan barisan ustaz tempatan dan antarabangsa seperti Mufti Menk, Imam Yahya Adel Ibrahim, Ustaz Syah, Imam Muda Nazrul, Ustaz Elyas Ismail dan Ustaz Muzammil Hasballah.
Siri animasi ‘Kisah Omar & Hana’ ini bersiaran pada setiap Jumaat, jam 11.00 pagi dan 4.00 petang di Astro Ceria (saluran 611).
Sebagai pilihan alternatif, kesemua episod Omar & Hana juga boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO.
Untuk maklumat lanjut mengenai Omar & Hana, sila layari www.omarhana.com.