Skip to main content

Trend Pasaran

Wah... Setelah Kedah, Sabah Pula Dihujani Bunga Sakura!

untitled-design-2019-04-01t122729-781.jpg
Setelah warga Kedah puas menikmati keindahan bunga tekoma atau nama saintifiknya Tabebuia Sosea, kini warga Sabah turut sama meraikannya.
 
Bertempat di Tawau, Sabah, jalan di sepanjang Persisiran Tawau dipenuhi pokok bunga tekoma merimbun sehingga menarik perhatian ramai.

 
Bunga yang turut dipanggil sakura Malaysia ini  berasal dari Amerika Syarikat dan cukup sinomin dengan negara yang mempunyai empat musim.
 
Fenomena yang sama berlaku di Alor Star Kedah sekitar minggu lepas, ketahanan bunga tekoma berkembang penuh bergantung kepada suhu panas musim kemarau.

 
Bunga tersebut akan mula gugur sepenuhnya sekiranya hujan mula turun.
 
Warga Tawau dilihat memenuhi laluan di sekitar persisiran dan tidak melepaskan peluang bergambar dengan bunga yang berwarna merah jambu dan putih ini.



Sumber foto: Instagram @tawautown

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement